Kegiatan penulisan Orhan Pamuk

Pamuk aktif menulis sejak 1974. Novel pertamanya ialah Karanlık ve Işık (Gelap dan Terang). Novel ini jadi pemenang bersama Mehmet Eroğlu tahun 1979 dalam Pertandingan Novel Milliyet Press .

1982 novel Cevdet Bey ve Oğulları (Tuan Cevdet dan anak-anaknya) menang Hadiah Novel Orhan Kemal pada 1983. Kisahnya tentang tiga generasi sebuah keluarga Istanbul kaya yang hidup di Nisantasi, daerah Istanbul tempat Orphan Pamuk dibesarkan.

Anugerah lain ialah Hadiah Novel Madarali 1984 atas novel Sessiz Ev (Rumah yang Sunyi) dan Prix de la Découverte Européenne 1991 .

Novel sejarah Beyaz Kale (Kastil Putih) tahun 1985 dalam bahasa Turki tahun 1985, menang Anugerah Kemerdekaan untuk Fiksyen Asing 1990.

The New York Times menyatakan Orphan Pamuk menghasilkan karya novel berteras pasca-moden, suatu perubahan dari naturalisme sempit dalam karya-karya awalnya.

Novel (Buku Hitam) tahun (1990) sangat kontroversi kerana begitu kompleks , intuisi dan simbiosis di dalamnya.

Pada 1992 skrip filem Gizli Yüz (Muka Rahasia), berdasarkan Kara Kitap diarahkan oleh pengarah Turki bernama Ömer Kavur.

Novel tahun 1995 Yeni Hayat (Kehidupan Baru) amat mengharukan masyarakat Turki dan antarabangsa kerana mendedahkan kezaliman terancang Turki ke atas etnik Kurdi di sempadan Turki - Iraq. Media Barat melaporkan etnik Kurdi di utara Iraq dibom dengan bom kimia oleh Saddam Hussein.

Tahun 1999, menulis novel Öteki Renkler (Warna yang Lain).

Tahun 2000 menghasilkan novel Benim Adım Kırmızı (Namaku Merah) . Novel ini menggunakan teknik teka-teki misteri, roman dan filasuf yang berlangsung di Istanbul pada abad ke-16, di mana zaman era Sultan Empayar Uthmaniyah Murat III pada tahun 1591 digambarkan dengan terperincinya. Novel Namaku Merah ini diterjemah ke 24 bahasa dan menang Hadiah IMPAC Dublin pada 2003.

Orphan Pamuk menghabiskan masa 30 tahun menulis novel fiksyen dan wang bukanlah matlamat utama penulisan beliau.

Novel Kar (2002) (Snow (Salju), 2004), membicarakan kontra antara Islamisme dengan Westernisme di era Turki moden. New York Times mencatat Snow sebagai salah satu dari Sepuluh Buku Terbaik 2004. Ia juga menerbitkan sebuah memoir/catatan perjalanan İstanbul-Hatıralar ve Şehir pada 2003 (Versi Inggeris, Istanbul-Memories and the City (Istanbul-Kenangan dan Kota) 2005).

Pada 2005 Orphan Pamuk menang Hadiah Perdamaian Pameran Dagang Buku Jerman bernilai 25.000 Euro untuk karya sasteranya di mana utopia Eropah dan Turki Islam dapat disatukan. Hadiah ini diberikan oleh Gereja St. Paulus di Frankfurt.

Karya Orphan berdasarkan kehilangan jati diri dalam rempuhan tamadun Barat dengan tamadun Islam di Turki. Tentu sekali Barat menyenangi karya sebegini. Begitu banyak racauan dan kegelisahan yang begitu indah berestetika.